Run for Peace merupakan acara dwi tahunan yang bersifat bukan kompetitif anjuran Soka Gakkai Malaysia (SGM). Acara ini bertujuan untuk menggalakkan semua lapisan masyarakat terutamanya golongan muda untuk bersama-sama berusaha demi keamanan. Ia merupakan aktiviti utama dalam gerakan keamanan SGM untuk meningkatkan kesedaran bahawa keamanan bermula dengan setiap individu.
Soka Gakkai Malaysia (SGM) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempromosikan keamanan, kebudayaan dan pendidikan berasaskan falsafah kemanusiaan Buddhisme Nichiren. “Soka” bermaksud “penciptaan nilai.” Kami percaya setiap individu mempunyai potensi untuk mengatasi cabaran dan memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat, tanpa mengira kaum, jantina atau latar belakang.
Presiden Soka Gakkai Internasional (SGI), Dr. Daisaku Ikeda pernah berkata, "Tiada yang lebih berharga daripada keamanan. Tiada yang lebih banyak membawa kebahagiaan. Keamanan adalah asas paling penting kepada kemajuan manusia sejagat."
Asal usul gerakan keamanan Soka Gakkai bermula pada 8 September 1957 di mana Presiden Kedua Soka Gakkai, Josei Toda, membuat deklarasi bersejarahnya yang menyeru untuk memansuhkan senjata nuklear. Toda menekankan bahawa di sebalik kewujudan senjata nuklear tersembunyi cara berfikir manusia yang jahat dan ingin mendominasi serta memusnahkan orang lain.
Run for Peace ialah saluran untuk warga biasa menyuarakan pendirian bagi keamanan, mencabar cara fikir yang merosakkan dan menggalakkan nilai seperti empati, hormat dan hidup bersama secara harmoni. Peserta dari pelbagai lapisan masyarakat bersatu untuk membina budaya keamanan dan menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di mana semuanya bermula daripada tindakan kecil dalam kehidupan harian.
Melalui usaha kolektif ini, setiap peserta boleh menjadi ejen perubahan ke arah masa depan yang lebih cerah untuk semua.
Run for Peace 2025 akan berlangsung di 23 lokasi seluruh Malaysia sepanjang bulan September. Klik di sini untuk semak tarikh dan lokasi larian anda.
Jarak larian berbeza mengikut lokasi, biasanya antara 3.5 km hingga 8 km. [Klik di sini] untuk maklumat lanjut bagi setiap lokasi.
Semua individu yang berumur 7 hingga 80 tahun dan sihat tubuh badan dialu-alukan. Ia adalah acara mesra keluarga dan terbuka kepada semua!
Daftar secara dalam talian di: [http://www.runforpeace.com.my] Langkah 1: Pilih negeri, lokasi larian dan lokasi pengambilan T-shirt / Kit Peserta Langkah 2: Isi maklumat yang diperlukan Langkah 3: Buat bayaran menggunakan kad kredit atau perbankan dalam talian.
Yuran pendaftaran Run for Peace 2025 ialah: RM40 (dengan T-shirt baharu Run for Peace, tuala & gelang tangan) RM20 (jika anda sudah mempunyai T-shirt Run for Peace dan memilih untuk tidak menerima T-shirt baharu — anda masih akan menerima tuala & gelang tangan)
Dengan menggunakan semula T-shirt lama, anda menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan mengurangkan sisa tekstil.
Boleh. Anda boleh mendaftar bagi pihak rakan atau ahli keluarga. Pastikan maklumat peribadi dan bayaran dikendalikan dengan bertanggungjawab.
Tarikh tutup pendaftaran ialah 11.59 malam pada 30 Jun 2025, atau lebih awal jika slot penyertaan telah penuh.
Nombor ID pendaftaran akan dipaparkan di halaman pengesahan bayaran dan juga dalam e-mel pengesahan pembayaran Billplz di bawah "Booking No".
Tidak. T-shirt / Kit Peserta perlu diambil di lokasi pengambilan yang anda pilih. Sila bawa slip pengesahan dan IC/pasport untuk tujuan pengesahan.
Tidak boleh. T-shirt / Kit Peserta hanya boleh diambil di lokasi yang ditetapkan mengikut lokasi larian anda.
Buat masa ini, pendaftaran untuk rekrut sukarelawan belum dibuka. Sebarang makluman akan diumumkan di laman Facebook rasmi Run for Peace.
Slogan Run for Peace 2025 ialah "Keamanan Bermula Dengan Saya, Bertindak SEKARANG demi SDGs!"
Dengan menyertai larian ini, anda menyuarakan komitmen terhadap keamanan. Tetapi ia tidak berakhir di situ—keamanan bermula dengan tindakan harian seperti: menyapa orang lain dengan mesra,membantu jiran tetangga, menjimatkan air dan tenaga, mempelajari isu global, dan memupuk persefahaman dalam kehidupan seharian.
Keamanan ialah pilihan harian. Tindakan anda amat bermakna.
Tindakan kecil individu mampu mencetuskan gelombang perubahan positif dalam masyarakat dan menyumbang kepada matlamat global untuk membina dunia yang lebih aman.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram untuk info terkini dan inspirasi harian!
Mohon maaf, sebarang pertukaran saiz baju, tempat larian dan tempat pengambilan T-shirt / Kit Peserta tidak dapat dilakukan selepas pendaftaran dan pembayaran dibuat.