Klausa Kebenaran Ibu bapa / Penjaga

Saya/Kami selaku pemohon atau ibu bapa/penjaga sah kepada pemohon, dengan ini mengesahkan bahawa saya/kami telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat oleh semua terma dan syarat yang terkandung dalam Peraturan dan Garis Panduan Run for Peace 2025 ("Acara"). Dengan menghantar permohonan ini, saya/kami bersetuju untuk mematuhi sepenuhnya semua peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

Saya/kami turut mengesahkan bahawa saya/kami telah membaca dan memahami Notis Perlindungan Data Peribadi Soka Gakkai Malaysia ("SGM") dan dengan ini memberikan keizinan kepada SGM untuk memproses data peribadi saya/anak jagaan saya bagi tujuan yang dinyatakan dalam notis tersebut.

Saya/kami juga dengan ini memberikan keizinan kepada pihak penganjur untuk menggunakan gambar dan/atau rakaman video yang mengandungi imej saya/anak jagaan saya yang diambil semasa Acara untuk tujuan promosi, dokumentasi, atau siaran media berkaitan Acara, dan saya/kami tidak akan membuat sebarang tuntutan terhadap penggunaan bahan tersebut. Saya/kami melepaskan pihak penganjur daripada sebarang liabiliti yang mungkin timbul daripada penggunaan bahan-bahan tersebut.