NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Persatuan Soka Gakkai Malaysia ("Persatuan", "kami", atau "milik kami") mengiktiraf tanggungjawab kami berhubung dengan pengumpulan, penyimpanan, pemprosesan, penggunaan dan/atau pemindahan data peribadi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA"). Polisi Perlindungan Data Peribadi ini ("Polisi") menggariskan asas yang membolehkan Persatuan mengumpul, menggunakan, mendedahkan atau selain itu memproses data peribadi pelanggan dan/atau ahli kami mengikut PDPA. Data peribadi akan dikumpul hanya untuk tujuan yang sah dan berkaitan. Kami akan menggunakan data peribadi anda yang mungkin kami kumpulkan dari semasa ke semasa mengikut Polisi ini. Data peribadi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun juga akan dikumpul dan diproses mengikut Polisi ini. Polisi ini tergunapakai untuk data peribadi dalam milikan kami atau di bawah kawalan kami, termasuk data peribadi dalam milikan organisasi yang melibatkan kami dalam mengumpul, menggunakan, mendedahkan atau memproses data peribadi bagi objektif kami.

DATA PERIBADI

  1. Seperti yang digunakan dalam Polisi ini: "pelanggan" bermaksud individu yang telah mengemukakan permohonannya untuk menyertai Run for Peace 2023 (Larian untuk Keamanan 2023) yang dianjurkan oleh Persatuan;

“acara ini” bermaksud Run for Peace 2023 yang dianjurkan oleh Persatuan di pelbagai lokasi di seluruh Malaysia;

"ahli" bermaksud seseorang individu yang telah menjadi ahli Persatuan menurut Perlembagaan Pertubuhan; dan

"data peribadi" bermaksud data, sama ada benar atau tidak, mengenai seseorang pelanggan, ahli, atau pemohon, yang boleh dikenal pasti: (a) daripada data tersebut; atau (b) daripada data tersebut dan maklumat lain yang kami miliki atau berkemungkinan mempunyai akses terhadapnya.

  1. Kami akan mengumpul data peribadi anda atau data peribadi anak anda daripada permohonan yang dikemukakan oleh anda atau anak anda untuk menyetai acara ini atau daripada maklumat yang kami perolehi melalui apa jua cara komunikasi. Beberapa contoh data peribadi yang mungkin kami kumpulkan daripada anda termasuklah nama dan maklumat pengenalan anda seperti nombor kad pengenalan atau nombor pasport anda, maklumat hubungan seperti alamat, alamat e-mel atau nombor telefon, kewarganegaraan, jantina, bangsa, tarikh lahir, status perkahwinan, televisyen litar tertutup ("CCTV") atau rakaman keselamatan, gambar dan maklumat audio-visual lain, maklumat pekerjaan dan maklumat kewangan seperti nombor kad kredit, nombor kad debit atau maklumat akaun bank.

Di samping itu, jika anda menggunakan mana-mana aplikasi mudah alih kami, data peribadi juga mungkin termasuk kebenaran lokasi anggaran (tidak berterusan), kebenaran telefon, kebenaran lokasi yang tepat (tidak berterusan) dan kebenaran storan.

  1. Istilah-istilah lain yang digunakan dalam Polisi ini hendaklah mengandungi makna yang diberikan kepadanya di dalam PDPA (mengikut kesesuaian konteks).

PENGUMPULAN, PENGGUNAAN DAN PENDEDAHAN DATA PERIBADI

  1. Kami secara amnya tidak mengumpul data peribadi anda melainkan: (a) anda memberikan kepada kami dengan sukarela secara langsung atau melalui pihak ketiga yang telah diberi kuasa oleh anda untuk mendedahkan data peribadi anda kepada kami ("wakil anda yang diberi kuasa") selepas (i) anda (atau wakil anda yang diberi kuasa) telah dimaklumkan tentang tujuan data dikumpulkan, dan (ii) anda (atau wakil anda yang diberi kuasa) telah memberikan kebenaran bertulis atau telah memberikan kebenaran anda dengan cara kelakuan untuk pengumpulan dan penggunaan data peribadi anda bagi tujuan tersebut, atau (b) data peribadi telah diberikan kepada Persatuan oleh ahli keluarga anda atau penjaga kamu yang sah untuk menyertai acara ini atau untuk membolehkan kami menyediakan perkhidmatan bagi tujuan peribadi atau domestik anda, atau (c) pengumpulan dan penggunaan data peribadi tanpa kebenaran yang dibenarkan atau dikehendaki oleh PDPA atau undang-undang lain.

  2. Kami boleh mengumpul dan menggunakan data peribadi anda untuk mana-mana atau semua tujuan berikut: (a) menganjurkan mengendalikan dan menyeleras apa-apa perkara berhubung dengan acara ini; (b) memenuhi obligasi semasa atau berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan dan/atau barangan kami yang diminta oleh anda; (c) mengesahkan identiti anda; (d) menjawab, mengendalikan, dan memproses pertanyaan, permintaan, permohonan, aduan dan maklum balas daripada anda; (e) menguruskan hubungan anda dengan kami; (f) memproses pembayaran atau transaksi kredit; (g) memaklumkan anda tentang acara, inisiatif dan promosi kami, aktiviti ahli dan komunikasi persatuan yang lain, termasuk menghantar maklumat pemasaran tentang perkhidmatan atau barangan kami; (h) mematuhi mana-mana undang-undang, peraturan, kod amalan, garis panduan atau peraturan yang berkenaan, atau untuk membantu dalam penguatkuasaan undang-undang dan penyiasatan yang dijalankan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan dan/atau pihak pengawalseliaan; (i) untuk berkomunikasi dengan anda untuk mempromosikan aktiviti-aktiviti Persatuan dan untuk memberikan sokongan terhadap kajian dan kepercayaan Buddha; (j) untuk menyimpan statistik anda dalam menghadiri mesyuarat, acara dan aktiviti kami bagi mengukur pertumbuhan Persatuan dari masa ke masa dan untuk menyokong keahlian kami dengan lebih baik; (k) sebarang tujuan lain yang telah anda berikan maklumatnya; (l) untuk mengendalikan premis kami dengan cara yang selamat dari segi fizikal, terjamin dan sesuai dengan syarat-syarat kesihatan dan keselamatan; (m) untuk pengurusan rekod dalaman Persatuan; (n) untuk memberi sokongan pelanggan dan/atau ahli kepada anda; dan (o) mana-mana tujuan perkaitan sampingan lain yang berkaitan atau mempunyai hubungan dengan perkara di atas.

Data peribadi anda yang diberikan kepada kami mungkin diproses oleh Persatuan, Yayasan Soka Gakkai Malaysia, Soka International Academy Malaysia Sdn Bhd dan mana-mana pihak ketiga, yang pada pandangan Persatuan, berkongsi falsafah Soka, dan pihak ketiga yang dilantik oleh Persatuan untuk menyediakan perkhidmatan kepada Persatuan termasuk tetapi tidak terhad kepada syarikat insurans, syarikat percetakan, syarikat IT, agensi promosi/pemasaran, penasihat, perunding, kontraktor dll (di dalam atau di luar Malaysia) untuk tujuan yang dinyatakan dalam Klausa 5 di sini.

  1. Pendedahan atau pemindahan data peribadi (di dalam atau di luar Malaysia) Data peribadi anda yang diberikan kepada kami mungkin didedahkan kepada beberapa kelas pihak ketiga berikut (di dalam atau di luar Malaysia) seperti yang dikehendaki di bawah undang-undang atau menurut hubungan kontrak yang berkaitan (contohnya, jika kami melantik penyedia perkhidmatan pihak ketiga) atau untuk tujuan atau berkaitan secara langsung dengan tujuan yang dinyatakan dalam Fasal 5 di atas. Kami mungkin mendedahkan data peribadi anda:

(a) jika pendedahan sedemikian diperlukan untuk melaksanakan obligasi semasa atau berkaitan dengan penyediaan barangan atau perkhidmatan kami yang diminta oleh anda; (b) kepada pembekal perkhidmatan pihak ketiga, ejen dan organisasi lain yang bekerjasama dengan kami untuk melaksanakan mana-mana fungsi yang disenaraikan dalam Fasal 5 di atas untuk kami; (c) jabatan atau agensi kerajaan, pihak berkuasa berkanun dan pengawal selia industri; (d) mana-mana individu yang mewajibkan kami atau kami dikehendaki untuk berbuat demikian di bawah undang-undang atau sebagai tindak balas kepada agensi kerajaan atau agensi yang layak; (e) agensi penguatkuasaan undang-undang; dan (f) organisasi gabungan di luar Malaysia yang berkongsi misi dan objektif di bawah naungan Soka Gakkai International. Tujuan khasnya adalah untuk memudahkan penyertaan anda dalam aktiviti-aktiviti organisasi gabungan ini yang sejajar dengan tujuan keahlian anda dalam Persatuan.

Data yang diproses oleh aplikasi mudah alih Persatuan dijalankan menggunakan komputer dan/atau alat terdaya IT, mengikut prosedur organisasi dan mod yang berkaitan dengan tujuan yang dinyatakan di atas sahaja. Sebagai tambahan kepada Persatuan, dalam sesetengah kes, data tersebut mungkin boleh diakses oleh individu-individu tertentu yang bertanggungjawab, yang terlibat dengan operasi aplikasi mudah alih Persatuan atau pihak luar (seperti pembekal perkhidmatan teknikal pihak ketiga, pembawa mel, pembekal hosting, syarikat IT, agensi komunikasi) yang dilantik, jika perlu, sebagai pemproses data oleh Persatuan.

MENARIK BALIK PERSETUJUAN ANDA

  1. Kebenaran yang anda berikan untuk pengumpulan, penggunaan dan pendedahan data peribadi anda akan kekal sah sehingga tempoh anda menarik balik kebenaran tersebut secara bertulis. Anda boleh menarik balik persetujuan dan meminta kami berhenti menggunakan dan/atau mendedahkan data peribadi anda untuk mana-mana atau semua tujuan yang disenaraikan di atas dengan menghantar permintaan anda melalui e-mel mengikut butiran perhubungan yang disediakan di bawah.

  2. Setelah menerima permintaan bertulis daripada anda untuk menarik balik persetujuan anda, kami memerlukan masa yang munasabah (bergantung pada kerumitan permintaan dan kesannya terhadap hubungan kami dengan anda) supaya permintaan anda dapat diproses dan supaya kami dapat memaklumkan anda tentang akibat kami menyetujui permintaan tersebut, termasuk apa-apa akibat undang-undang yang boleh menjejaskan hak dan liabiliti anda kepada kami.

  3. Kami menghormati keputusan anda untuk menarik balik persetujuan anda, namun, sila ambil perhatian bahawa bergantung kepada sifat dan skop permintaan anda, kami mungkin tidak dapat terus menyediakan barangan atau perkhidmatan kami kepada anda dan kami akan, dalam keadaan sedemikian, memaklumkannya kepada anda sebelum melengkapkan pemprosesan permintaan anda. Sekiranya anda memutuskan untuk membatalkan penarikan balik persetujuan anda, sila maklumkan kepada kami secara bertulis dengan cara yang diterangkan dalam fasal 7 di atas.

kami untuk terus mengumpul, menggunakan dan mendedahkan data peribadi jika pengumpulan, penggunaan dan pendedahan tanpa kebenaran dibenarkan atau diperlukan di bawah undang-undang yang terpakai.

AKSES DAN PEMBETULAN DATA PERIBADI

  1. Jika anda ingin membuat (a) permintaan untuk mendapatkan akses kepada salinan data peribadi yang kami miliki tentang anda atau maklumat tentang cara kami menggunakan atau mendedahkan data peribadi anda, atau (b) permintaan pembetulan untuk membetulkan atau mengemas kini mana-mana data peribadi anda yang kami miliki, anda boleh menghantar permintaan anda melalui e-mel mengikut maklumat hubungan yang diberikan di bawah.

  2. Sila maklum bahawa bayaran yang berpatutan mungkin dikenakan bagi permintaan akses. Bagi tujuan tersebut, kami akan memaklumkan anda tentang bayaran tersebut sebelum memproses permintaan anda.

PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

  1. Untuk melindungi data peribadi anda daripada akses, pengumpulan, penggunaan, pendedahan, penyalinan, pengubahsuaian, penghapusan atau risiko serupa yang tidak sah, kami telah memperkenalkan langkah-langkah tadbir, fizikal dan teknikal yang sesuai seperti perlindungan antivirus terkini, penyulitan dan penggunaan penapis privasi untuk menjamin keselamatan semua penyimpanan dan penghantaran data peribadi oleh kami, dan mendedahkan data peribadi secara dalaman dan kepada pembekal perkhidmatan dan ejen pihak ketiga kami yang dibenarkan atas dasar perlu tahu sahaja.

  2. Walau bagaimanapun, anda hendaklah menyedari bahawa tiada kaedah penghantaran melalui Internet atau kaedah penyimpanan elektronik yang selamat sepenuhnya. Walaupun keselamatan tidak dapat dijamin, kami berusaha sebaik mungkin untuk melindungi keselamatan maklumat anda dan sentiasa menyemak dan meningkatkan langkah-langkah keselamatan maklumat kami.

KETEPATAN DATA PERIBADI

  1. Kami secara amnya bergantung pada data peribadi yang diberikan oleh anda (atau wakil anda yang diberi kuasa). Untuk memastikan data peribadi anda adalah terkini, lengkap dan tepat, sila maklumkan kepada kami jika terdapat perubahan pada data peribadi anda melalui e-mel mengikut butiran hubungan yang disediakan di bawah.

PENGEKALAN DATA PERIBADI

  1. Kami boleh menyimpan data peribadi anda selagi perlu untuk memenuhi tujuan pengumpulannya, atau seperti yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan.

  2. Kami akan berhenti menyimpan data peribadi anda atau menghapuskan cara data itu mungkin dikaitkan dengan anda, sebaik sahaja adalah munasabah untuk diandaikan bahawa pengekalan sedemikian tidak lagi berfungsi dengan tujuan data peribadi tersebut dikumpulkan dan tidak lagi diperlukan untuk tujuan undang-undang atau perniagaan.

LAMAN WEB

18.1 Pautan ke laman web lain

Pautan ke laman web lain mungkin disediakan di laman web kami untuk kemudahan dan maklumat anda. Laman-laman ini mempunyai pernyataan privasi mereka sendiri dan kami tidak mengawal, mengesyorkan atau menyokong laman-laman ini dan kami tidak akan bertanggungjawab terhadap laman-laman ini atau kandungannya. Oleh itu, kami menggalakkan anda untuk membaca dasar privasi laman-laman ini.

18.2 Produk atau aplikasi terdaya lokasi

Produk atau aplikasi terdaya lokasi menghantar maklumat lokasi anda kepada kami. Kami tidak akan menggunakan maklumat yang anda hantarkan atau berikan untuk tujuan lain selain daripada perkhidmatan yang anda minta. Ciri terdaya lokasi dipilih dan anda mempunyai kawalan atas penyertaan anda dan juga boleh menyahaktifkan perkhidmatan ini pada bila-bila masa atau menyahpasangnya. Beberapa aplikasi mudah alih akan menggunakan Google Analytics (atau alat serupa) untuk membantu kami melayani anda dengan lebih baik melalui produk, perkhidmatan dan semakan yang lebih tepat terhadap aplikasi mudah alih. Maklumat yang dikumpulkan tidak akan membolehkan kami mengenal pasti anda. Namun, ia dapat memaklumkan kami secara anonim, perkhidmatan dan produk yang paling banyak dicari oleh anda dalam aplikasi serta jenis peranti yang digunakan dan negara asal anda.

18.3 Kuki

Semasa memproses maklumat anda, kuki, yang merupakan fail teks yang dimasukkan ke dalam memori komputer anda, mungkin digunakan. Kami boleh menggunakan kuki ini untuk mengenal pasti identiti anda. Kami boleh mengumpulkan maklumat berikut semasa anda melayari laman web kami dan /atau nama domain yang memenuhi syarat dari mana anda mengakses laman web kami, atau sebagai alternatif, melalui alamat protokol internet anda ("IP"): • tarikh dan masa anda mengakses laman web kami; • URL laman web dari mana anda mengakses laman web kami; dan • penyemak imbas web yang anda gunakan dan halaman yang telah anda akses.

Beberapa laman web mungkin meminta anda memberikan beberapa maklumat untuk mendapatkan perkhidmatan yang anda minta (iaitu nama, alamat e-mel, nombor hubungan). Data peribadi ini hanya akan digunakan untuk tujuan yang dimaksudkan sahaja, iaitu untuk membalas mesej anda atau memberikan perkhidmatan yang diminta.

APLIKASI MUDAH ALIH

19.1 Kebenaran peranti untuk akses data peribadi

Bergantung pada peranti khusus anda, aplikasi mudah alih Persatuan mungkin meminta kebenaran tertentu yang membolehkannya mengakses data peranti anda yang dijelaskan di bawah.

Secara lalai, kebenaran ini mesti diberikan oleh anda sebelum maklumat berkenaan dapat diakses. Setelah kebenaran diberikan, ia boleh dibatalkan oleh anda pada bila-bila masa. Untuk membatalkan kebenaran ini, anda boleh merujuk pada tetapan peranti atau menghubungi kami untuk mendapatkan sokongan mengikut butiran hubungan yang diberikan dalam dokumen ini.

Prosedur yang tepat untuk mengawal kebenaran aplikasi mungkin bergantung pada peranti dan perisian anda.

Sila maklum bahawa pembatalan kebenaran tersebut mungkin mempengaruhi fungsi aplikasi mudah alih Persatuan yang sewajarnya.

Jika anda memberikan mana-mana kebenaran yang disenaraikan di bawah, data peribadi berkenaan boleh diproses (diakses, diubah atau dihapuskan) oleh aplikasi mudah alih Persatuan.

19.2 Kebenaran Telefon

Digunakan untuk mengakses banyak ciri biasa yang berkaitan dengan telefon anda. Sebagai contoh, ia membolehkan akses baca sahaja kepada "keadaan telefon", yang bermaksud membolehkan akses ke nombor telefon peranti, maklumat rangkaian mudah alih semasa, atau status panggilan berterusan.

19.3 Kebenaran penyimpanan

Digunakan untuk mengakses penyimpanan luaran bersama, termasuk membaca dan menambah item.

19.4 Log dan penyelenggaraan sistem

Untuk tujuan pengendalian dan penyelenggaraan, aplikasi mudah alih Persatuan dan perkhidmatan pihak ketiga boleh mengumpulkan fail yang merakam interaksi dengan aplikasi mudah alih Persatuan (Log sistem) dan menggunakan data peribadi lain (seperti Alamat IP) untuk tujuan ini.

19.5 Bagaimana permintaan "Jangan Jejak" ditangani

Aplikasi mudah alih kami tidak menyokong permintaan "Jangan Jejak". Untuk menentukan sama ada mana-mana perkhidmatan pihak ketiga menggunakan permintaan "Jangan Jejak", anda boleh membaca dasar privasi mereka.

MAKLUMAT HUBUNGAN

  1. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau maklum balas mengenai dasar dan prosedur perlindungan data peribadi kami, atau jika anda ingin membuat apa-apa permintaan, menghantar e-mel kepada hq_rfp@runforpeace.com.my.

PENGUATKUASAAN POLISI DAN PERUBAHAN PADA POLISI

  1. Polisi ini tergunapakai bersama dengan polisi, fasal kontrak dan fasal     persetujuan lain yang tergunapakai berkaitan dengan pengumpulan, penggunaan dan pendedahan data peribadi anda oleh kami.
    
  2. Kami boleh menyemak Polisi ini dari semasa ke semasa tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu. Anda boleh menentukan sama ada semakan tersebut telah dilakukan dengan merujuk pada tarikh terakhir Polisi ini dikemas kini. Penyertaan berterusan anda dalam aktiviti persatuan dan penggunaan perkhidmatan kami membentuk perakuan dan penerimaan anda terhadap perubahan tersebut.
    
  3. Sekiranya terdapat percanggahan antara Polisi Perlindungan Data Peribadi versi bahasa Inggeris dengan versi bahasa Malaysia dan bahasa Cina, istilah-istilah dalam Polisi bahasa Inggeris akan digunapakai.
    

Ikuti Kami

Penganjur

Soka Gakkai Malaysia

Soka Gakkai Malaysia (SGM) adalah sebuah organisasi yang menggalakkan keamanan dalam masyarakat melalui pertukaran budaya dan pendidikan humanistik, berdasarkan falsafah kehidupan Nichiren Buddhism. Soka bermaksud penciptaan nilai (value creation). Sebagai penganut agama Buddha yang terlibat dalam masyarakat, kami percaya bahawa semua manusia, tidak kira jantina, etnik atau kedudukan sosial, mempunyai kuasa untuk mengatasi cabaran hidup dan membangunkan kehidupan yang bernilai.

Copyright © 2023 All rights reserved | Persatuan Soka Gakkai Malaysia (SGM) | System version3.0 powered by Ricodes