Peraturan Run For Peace 2023

  1. Pengenalan

1.1 Run For Peace 2023 (‘Acara Larian’) dianjurkan oleh Persatuan Soka Gakkai Malaysia (SGM) (‘Penganjur’). Semua individu yang mendaftar untuk menyertai dalam Acara Larian (‘Peserta’) akan terikat dengan terma-terma yang dinyatakan di bawah (‘Peraturan’). 1.2 Perserta dikehendaki untul mendaftar untuk Acara Larian dengan melengkapkan dan mengemukakan boring perdaftaran elektronik yang telah disediakan melalui system pendaftaran atas talian (‘Borang e-Pendaftaran’). 1.3 Borang e-Pendaftaran yang dikemukakan oleh Peserta hanya akan diproses dan disahkan selepas pengesahan penerimaan bayaran pendaftaran oleh Penganjur. Setelah pengesahan pendaftaran, bayaran pendaftaran tidak akan dikembalikan atas sebarang sebab. Bagi mengelakkan sebarang keraguan, pendaftaran mana-mana Peserta adalah tidak boleh dipindahkan kepada pihak-pihak lain. 1.4 Peserta memberikan kebenaran dan membenarkan Penganjur untuk menggunakan sebarang gambar, gambar bergerak, rakaman atau media rekod lain (termasuk gambar Peserta) dari Acara Larian untuk tujuan yang dianggap sesuai untuk digunakan oleh Penganjur. 1.5 Semua Peserta mestilah berumur antara 7 tahun hingga 80 tahun pada masa pendaftaran. 1.6 Pendaftaran untuk peserta yang berumur di bawah 18 tahun (‘Peserta Bawah Umur’) hendaklah dikemukakan oleh ibu bapa/penjaga mereka bagi pihak Peserta Bawah Umur. Borang e-Pendaftaran yang diterima oleh Penganjur akan dianggap sebagai bukti kukuh bahawa Borang e-Pendaftaran telah dilengkapkan dan dikemukakan oleh ibu bapa/penjaga dan bukan oleh orang lain. Ibu bapa/penjaga mestilah memastikan pemahaman, pematuhan dan kepatuhan Peraturan oleh Peserta Bawah Umur. Sekiranya Peserta Bawah Umur dan/atau ibu bapa/penjaga Peserta Bawah Umur gagal mematuhi perenggan 1.5 dan 1.6 dalam Peraturan, Penganjur mempunyai budi bicara mutlak untuk menolak penyertaan Peserta Bawah Umur dalam Acara Larian. Bagi mengelakkan sebarang keraguan, ibu bapa/penjaga hendaklah memberikan pampasan kepada Penganjur atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh pelanggaran mana-mana peraturan oleh Peserta Bawah Umur. 1.7 Peserta yang berumur 15 tahun ke bawah pada masa Acara hendaklah ditemani oleh ibu bapa/penjaga mereka sepanjang masa Acara. 1.8 Kecuali untuk Peserta yang mempunyai kecacatan mobiliti, semua barangan seperti haiwan kesayangan, basikal, in-line skates, kereta sorong, troli dorong, kasut dengan roda atau object yang mempunyai roda tidak dibenarkan dalam Acara Larian. Peserta yang mempunyai kecacatan mobiliti yang memerlukan alat bantu tersebut mesti memastikan bahawa alat bantu tersebut tidak mengakibatkan kesulitan atau halangan kepada peserta lain semasa Acara Larian. 1.9 Pengesahan dan penerimaan pendaftaran akan dihantar melalui e-mel kepada alamat e-mel Peserta yang dinyatakan dalam Borang e-Pendaftaran dalam tempoh 7 hari berkerja dari tarikh penerimaan Borang e-Pendaftaran oleh Penganjur. Sesiapa Peserta yang tidak menerima e-mel pengesahan dalam tempoh 7 hari berkerja dari tarikh penyerahan Borang e-Pendaftaran boleh menghubungi pusat pertanyaan Acara Larian melalui e-mel di hq_rfp@runforpeace.com.my. 1.10 E-mel pengesahan pendaftaran akan digunakan sebagai bukti penerimaan penyertaan dan kelayakan untuk mengutip baju-T bagi Acara Larian (‘baju-T’). Peserta hendaklah mengutip baju-T mengikut arahan yang diberikan oleh Penganjur. Semua baju-T, cendarahati atau hadiah yang tidak dituntut untuk Acara Larian akan dilupuskan oleh Penganjur atas budi bicaranya selepas 1 bulan dari tarikh Acara Larian tanpa notis terlebih dahulu kepada Peserta yang layak menerimanya. Semua barang yang mudah rosak yang tidak dituntuk boleh dilupuskan oleh Penganjur atas budi bicaranya dengan serta-merta selepas Acara Larian.

  1. Objektif

2.1 Tujuan Acara Larian ini adalah untuk mempromosikan keamanan kepada ahli-ahli dan komuniti tempatan. Tiada hadiah akan diberikan berkenaan dengan penyertaan Peserta dalam Acara Larian.

  1. Kehilangan dan Kerosakan

3.1 Semua Peserta mesti memastikan penjagaan barang peribadi mereka dan harta awam atau kemudahan di kawasan Acara Larian. Sekiranya mana-mana Peserta merosakkan atau menyebabkan kerosakan pada persekitaran sekeliling, harta benda awam atau kemudahan semasa Acara Larian, Peserta tersebut mesti menanggung sepenuhnya atas kerugian Penganjur atau mana-mana pihak ketiga berkenaan terhadap kerosakan atau kehilangan tersebut. 3.2 Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian ekonomi atau kerugian peribadi Peserta yang termasuk kehilangan apa-apa barangan peribadi atau barang atau kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan kemudahan awam yang dialami atau ditanggung oleh Peserta sepanjang Acara Larian berlangsung.

  1. Pembatalan

4.1 Penganjur mempunyai hak tunggal dan mutlak untuk menangguhkan, membatalkan, mengganggu atau menghentikan acara yang disebabkan oleh bencana alam, termasuk keadaan cuaca buruk, kecemasan negara, peperangan, wabak, mogok, sekat masuk, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, kemarau, angin ribut, situasi berbahaya, atau sebarang kejadian lain yang di luar kawalan Penganjur tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Peserta tidak akan mempunyai sebarang tuntutan kos, ganti rugi atau pampasan terhadap Penganjur.

  1. Kesihatan dan Kecergasan

5.1 Semua Peserta mestilah sihat dari segi perubatan bagi tujuan menyertai Acara Larian. 5.2 Walaupun langkah berjaga-jaga yang munasabah akan diambil oleh Penganjur untuk memastikan keselamatan Peserta, Peserta yang mengambil bahagian dalam Acara Larian atas risiko mereka sendiri dan Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerosakan, kecederaan atau kematian yang timbul daripada penyertaan Peserta dalam Acara Larian. 5.3 Penganjur mempunyai hak tunggal dan mutlak untuk menghentikan mana-mana Peserta daripada mengambil bahagian atau meneruskan penyertaan dalam Acara Larian tanpa memberikan sebarang sebab sama sekali.

  1. Kelakuan

6.1 Semua Peserta digalakkan untuk menghabiskan Acara Larian bagi tujuan mencapai objektif Acara Larian. 6.2 Peserta dikehendaki memakai baju-T yang disediakan oleh Penganjur sepanjang Acara Larian. 6.3 Semua Peserta hendaklah memakai kasut sukan yang sesuai samara Acara Larian. 6.4 Sebarang halangan atau sebarang tindakan kegusaran, kemusnahan atau agresif atau tindakan lain terhadap Peserta lain atau terhadap ketenteraman awam adalah dilarang sepenuhnya sepanjang Acara Larian. Penganjur boleh memohon atau mencari pihak berkuasa yang berkaitan untuk mencampur tangan bagi memastikan ketenteraman dan keselamatan peserta lain dalam Acara Larian. 6.5 Peserta-peserta hendaklah sentiasa mematuhi dan mengelak daripada menjalankan sebarang kelakuan (termasuk penggunaan media sosial) yang boleh menyebabkan kecederaan atau membawa keburukan kepada Penganjur, mana-mana pihak ketiga atau menlanggar mana-mana undang. Peserta-peserta mesti menanggung kerugian sepenuhnya Penganjur atau mana-mana pihak ketiga atas kerosakan atau kerugian yang ditanggung atau dialami oleh Penganjur. Perenggan 6.5 ini akan kekal berkuat kuasa selama 6 tahun selepas tamatnya Acara Larian. 6.6 Peserta-peserta adalah dilarang sama sekali dan bersetuju untuk tidak membawa, mengambil atau memiliki apa-apa bahan haram dalam Acara Larian atau membawa sebarang senjata termasuk senjata api, bom asap, bekas gas terkompressi, pisau apa jua jenis atau botol kaca. Mana-mana Peserta yang melanggar peraturan ini hendaklah diperhentikan daripada menyertai Acara Larian atas permintaan Penganjur dan Peserta tersebut akan diserahkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya. Merokok dan menghisap bahan-bahan lain adalah dilarang sepanjang masa di Acara Larian.

  1. Lain-lain

7.1 Sekiranya terdapat sebarang kekaburan yang timbul daripada tafsiran mana-mana Peraturan, Penganjur hendaklah menjadi pihak berkuasa yang ditetapkan untuk menafsirkannya dan sebarang tafsiran terhadap terma-terma tersebut oleh Penganjur adalah muktamad dan mengikat. 7.2 (a) Sekiranya terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Cina dalam Peraturan, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan; dan (b) Sekiranya terdapat percanggahan antara mana-mana versi yang diterbitkan dalam Peraturan (sama ada dalam bentuk salinan cetak borang pendaftaran Acara Larian atau dalam laman web rasmi Acara Larian atau dalam format lain yang diterbitkan), Peraturan dalam laman web rasmi akan digunakan dan menggantikan semua versi Peraturan lain yang diterbitkan untuk Acara Larian. 7.3 Penganjur hendaklah mempunyai budi bicara mutlak untuk membuat sebarang pindaan, pemadaman, pengubahsuaian atau menggantikan mana-mana bahagian Peraturan sama ada keseluruhan atau sebahagiannya bila-bila masa yang sesuai tanpa notis terlebih dahulu kepada Peserta. 7.4 Peraturan ini hendaklah ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian, kontroversi, tuntutan, tindakan dan/atau prosiding yang timbul atau berkaitan dengan Peraturan ini hendaklah tertakluk kepada bidang kuasa ekslusif mahkamah Malaysia dan akan mengikat Peserta.

Ikuti Kami

Penganjur

Soka Gakkai Malaysia

Soka Gakkai Malaysia (SGM) adalah sebuah organisasi yang menggalakkan keamanan dalam masyarakat melalui pertukaran budaya dan pendidikan humanistik, berdasarkan falsafah kehidupan Nichiren Buddhism. Soka bermaksud penciptaan nilai (value creation). Sebagai penganut agama Buddha yang terlibat dalam masyarakat, kami percaya bahawa semua manusia, tidak kira jantina, etnik atau kedudukan sosial, mempunyai kuasa untuk mengatasi cabaran hidup dan membangunkan kehidupan yang bernilai.

Copyright © 2023 All rights reserved | Persatuan Soka Gakkai Malaysia (SGM) | System version3.0 powered by Ricodes